Isnin, 18 April 2011

Malas

Dah lama aku tidak bercerita dalam blog ini. Idea nak bercerita tu ada tapi malas, kadang2 tak tahu macam mana nak mula kan cerita dan cerita yang mana aku nak kongsi kan. hey laaa... Sikap macam ini sungguh tak produktif untuk diri sendiri.
Sebulan dua yang lepas terjadinya politik pejabat di tempat kerja aku ini. Boring.. malas aku nak layan. apa saja yang mereka adukan pada aku. ibarat air sungai yang berlalu pergi mengikut arus. asalkan kerja aku siap dan aku datang kerja. Cerita dekat aku pun, aku bukan boleh selesaikan. pergi cerita dengan bos la. Bila jadi nya hal2 politik pejabat ini, hati yang elok2 girang ini telah bertukar menjadi bosan, menyampah, benci. Kenapa..??? sebab tak ader keserasian lagi antara kakitangan dah, dah ada puak2. bos pula buat tak tahu.. langsung tak nak ambil masalah pekerja. Dan aku pun telah berkira2 untuk calusssss je dari sini.. mungkin juga aku perlukan persekitaran kerja yang baru kan. Sampai la tarih aku menaip di blog ini.. kes politik pejabat ni masih berterusan. Ikut suka korang la.. asalkan bukan aku yg jadi masalah pada korang dan asalkan korang tak beri masalah kat aku.
Terbaru, perkhabaran dari suami, dia akan dihantar berkerja di Lumut atau Ipoh pada bulan 6 tahun ni. oh ye.. suami aku bukan Navy ye.. mentang2 la lumut kan tempat Navy2. Tanpa perbincangan kami suami isteri, suami telah menggunakan kuasa veto nya memerintahkan aku dan anak ikut sekali dia berpindah di negeri Perak itu. Aku tak ada masalah. sementah la dengan keadaan pejabat yang entah apa2 sekarang kan. masalah aku adalah anak. Aku belum putuskan lagi kerja atau tidak di Perak nanti. andai aku kerja siapa pula yang nk jaga anak..?? nak serah pada pengasuh, nursery,taska.. ohhhh tidak sama sekali. aku 100% tidak percayakan orang luar. Macam2 kes sekarang dan aku percaya.. bukan aku sorang saja yang berperasaan begitu ibu2 diluar sana juga. Mak aku kata biar dia jaga dan tinggalkan anak dengan dia seminggu sekali datang tengok, Suami kata ' saya sanggup berhenti kerja cari kerja lain dari tinggal jauh dari anak'. aku pula kata ' oo tidak mak.. sorry'. Suami beri cadangan pada aku.. pindah dulu lepas tuh baru fikir kerja atau tidak, nak kerja boleh nak duduk rumah pun boleh. Aduyai.. hati berbelah bagi. Fikir anak memang tak nak kerja, fikir diri sendiri nak kerja sebab aku rasa, aku merugi kan usia muda aku dengan menjadi suri rumah sepenuh masa. dah biasa kerja, dah biasa pegang duit sendiri kan. hari ini pun masih berkira2 lagi. Tengok lah nanti.

Syok ke duk kat Perak nanti huh..???