Jumaat, 30 Julai 2010

Naluri Ibu Aku


Nor Adilah Raudah Binti Al Mizan


Adilah, tak dpt ibu gantikan dgn kata kata utk meluahkan betapa ibu menyanyangimu. tak ada kata kata utk ibu gambarkan betapa ibu merindui mu setiap detik setiap saat. kaletah mu sentiasa bermain main di mata ibu. Anakku.. cepat masa berlalu terasa seperti baru melahirkan adilah, sekarang adilah dah pun 6 bulan 11 hari.
Adilah, jari jemari kecil mu mampu meragut hati ibu, tangisan dan ketawa mampu meruntuh jiwa ibu, ibu haus dgn senda mu, ibu damba senyum tawa mu, ibu igau setiap kaletahmu, ibu taksub dgn sentuhan mu sayang.. semua tentang diri mu bt ibu bahagia..
Adilah, membesarla sayang.. rasai la kasih sayang ibu dan ayah yg tidak penah berpaling. sungguh bahagia ibu memiliki mu. Yang terindah itu la diri mu.. yang tercipta untuk ibu dan ayah.. Syukur pada ALLAH s.w.t atas kenikmatan ini.



Isnin, 26 Julai 2010

kisah 3 hari

ada apa dgn 3 hari..?? kisahnya smlm menyembang2 dgn mak sedara aku dok promote kat kwn2 mak aku tempat terapi yg baru bukak kat pekan baru rawang nun. ni bkn terapi kecantikan ekk.. mak aku, makcik aku, kekawan mak aku semuaya sedar diri ok!!.. ni terapi kesihatan utk penyakit yg pelbagai. tua muda bleh bt. makcik aku pun bercerita la pengalaman kwn2 yg dh penah cuba. sipulan ni ada fabroid pastu bt terapi 3 hari saja dah nampak kesan. mcm dh elok skit la.. sipulan ni plak ada buasir (tini, sila jgn terasa ok.. heheheee) bt terapi pun 3 hari dah ok..sipulan ni plak sakit2 kepala pun 3 hari dah ok.. cuba di igt2 blk kan.. lain2 hal pun ' 'klu 3 hari x baik dtg blk' ' lps 3 hari elok la tuh' 'minum 3 kali air jampi serapah ni' ' mandi 3 kali mlm air bunga ni' mmg selalu org akan ckp keberkesanan sesuatu perkara tuh 3 hari.. urusan bank pn kebanyakan 3 hari waktu berkerja. ada tuah ker dgn 3 hari ni. napa x 2 hari, 4 hari, 6 hari, 8 hari..?? (dan mcm sifir 2 dah.. hehehhehe) lagi 3 hari aku nak pi universal studio kat singapore nun.. boleh..???

Ahad, 25 Julai 2010

Kehilangan

Sejak 2 minggu ni aku kerap singgah blog si ibu ni. blog ni sepupu aku yg kenalkan. mulanya aku bt x reti jer. si sepupu pulak asek ckp.'sedih..sedih..anak dia meninggal'. jadi dlm terpaksa nya aku pun bukak la blog si ibu ni.. ader diserta kan video youtube skali.. alunan lagu selawat dr dato siti btul2 memanah hati ibu aku ini. curahan air mata x dpt aku tahan lagi. sampai hari ni klu aku singgah blog si ibu ni air mata aku x penah jemu mengalir. wanita itu seorg ibu yg diuji. x tertahan sebak pilu aku saat ibu itu meluahkan 'rindu x tertanggung' pada anak yg telah pun pergi dek penyakit yg tiada ubatnya. adakalanya aku bayangkan situasi itu terjadi pada aku, kuatkan aku menerimanya..?? sampaikah hati aku ..?? ohhhhh.. yg terjadi itu kehendak ALLAH. setiap kali melihat wajah anak kecil itu ingatan aku terus pada anak aku dan setiap kali melihat wajah anak aku setiap kali tu juga aku teringat pd anak ini. bersyukur pada ALLAH kerana mengurniakan aku bayi yg cukup sifat, yg baik kesihatanya. nasib aku lebih baik dari nasib ibu yg diuji ni. tapi.. kuasa ALLAH.. apa saja terjadi di muka bumi ni ada hikmahnya. skrg ni sejak aku mengenali ibu ini dan anak kecil ni setiap kali solat aku kirimkan doa pd ibu dan AL fatihah pada anak kecil itu. jiwa aku betul2 rapat dgn mereka. biar pun kami saling x mengenali. si ibu perlu teruskan hidup.. walau sekejam mana kehilangan itu.. walau sedalam mana kerinduan itu.. walau sepahit mana perpisahan itu. anak kecil itu telah pergi selamanya, x ada lagi derita, x ada lagi kesakitan pada tubuh kecil itu. YA ALLAH .. kurnia kan la kesihatan yg baik pada anak ku, jauhi la dia dari segala penyakit.. aku pasti.. sesiapa yg sudah merasai kemanisan menjadi seorang yg bergelar ibu pasti berkongsi kehilangan ini, berkongsi penderitaan anak ini dan berkongsi keperitan ibu ini. AL Fatihah untuk arwah Alanna Qish.

Isnin, 5 Julai 2010

tajuk..?? xtau

lama btul x update blog ni. sibuk sgt la aku ni kan. x pyh la aku huraikan kesibukkan aku.. boring!! kdg2 nk bercerita ni kena mood jgk. klu jari jemari je rajin tapi mood x berapa nk ada x mesra.. heheheeeee.. aku xtau apa nk letak tajuk enrty kali ni. alahhh x pyh tajok pun xpe.. bkn kena saman pun. aku nk ckp pasal piala dunia yg tggal hujung2 je lagi. (agak ketinggalan aku disitu ye) aku rasa ramai wanita - wanita dlm MALAYSIA ni minat dgn sukan bola sepak ni. jadinya xder salah wanita seperti aku ni memberi ulasan pasal piala dunia ni. aku nk ulas pun bkn la mcm shebby, zainal abidin rawop.. takat ulas2 ringan jer,, :p. 1 bende je yg aku x suka tgk player2 ni. klu diperhatikan dorang ni gemar sgt meludah.. 90 mnt game bapa kali dorang meludah..?? bnyak benar air liur.. dah la diludah2 nya padang tuh pastu jatuh tergolek2 kat padang tuh. elok sgt la tuh.. virus !!!!!! lepas tuh kita dpt saksi kan muka2 keterujaan player yg berjaya meloloskan bola ke pintu gol.. bagai nak rak la dorang meraikan. kdg2 tuh siap berjoget2 sakan.. lps tuh kalah.. hahahhahaaaa. baru 1 gol score dh taksub giler.. 90 mnt tuh apa2 pun bleh jadi. mcm Ghana vs Uruguay.. aku tgk game tuh okkkk.. sapa tgk dia tau la. klu terlepas pi tgk ulangan..kat astro tgh rancak dok ulang2 siaran. dlm org dok Wolrd Cup fever ni kan tetiba opismate aku bleh ckp ' kenapa bola yg ada piala dunia, knapa hoki xder, ping pong xder,??' @$#%^*&&^#%$ !!! dia ni nampak sgt x mengikut perkembangan dunia apa lagi sukan. klu aku x silap.. hoki ada piala dunia, badminton pun ada, tenis ada jgk.. tp ping pong aku xtau.. hahahhahahhhaha..
* penulisan aku agak bosan diatas sana.. sbb aku mmg bosan xder mood. mcm aku ckp td la.. klu jari jemari rajin tp mood xder jd x mesra.. ibarat mcm. ikan masin sepat yg x rasa masin nya..