Rabu, 28 September 2011

Selangor ke Perak

Sudah lama tak bercerita di blog, sudah 2 bulan aku bertukar kerjaya sebagai surirumah,sudah sebulan aku berhijrah
di daerah manjung, Perak. Aku meletakan jawatan secara rasmi pada 25 Julai 2011 setelah 8 tahun menghamba abdikan diri di syarikat 100% milik bumiputra itu. Aku kena berkorban untuk suami yang mana syarikat nya telah berpindah dan beroperasi sepenuhnya di Teluk Rubiah Lumut. Aku dari seorang yang berkerja terpaksa menyesuaikan diri menjadi surirumah sepenuhmasa. Tak lah rumit tak lah canggung pun. Sibuk nya tetap sama yg bezanya di rumah dan di pejabat la. Aku juga telah mengambil risiko bersara dari dunia pekerjaan pada umur yg belum layak berpencen setelah TIDAK mendapat sokongan daripada si suami buat masa terdekat ini. ' Awak duduk rumah rehat jaga adila jaga saya jaga rumah tangga, bosan awk pergi keluar dgn anak, bosan lagi awk mengaji, Duit boleh cari.. Insya'allah saya boleh sara keluarga saya' itu lah kata2 muktamad si suami.
Sekarang ini, aku menetap di Marina Island Resort Pangkor dari 5 Sept sampai lah 4 Okt yang tak berapa hari je lagi. majikan si suami beri relocation benefit for 1 month untuk kami mencari rumah sewa dan relocation allowance untuk kos pengangkutan pindah randah.Alhamdullilah..rumah pun dah dapat barang pun dah di pindahkan. Since rumah pun belum habis kemas kami pun menghabiskan lah saki baki hari di Resort ni.

Rawang manakan sama dengan Manjung. Aku kena lah terima hakikat yang aku sudah pun menjadi warga daerah Manjung. Siapa yang ngidam nak makan sotong kering ke udang kering ke ikan kering ke bla bla bla kering ke boleh lah makan sampai muntah kat sini. Siapa yang nak feeling honeymoon pun boleh datang sini, walking hang in hand la kat pantai2 yang ada di Teluk2 peranginan ni. Teluk Batik Teluk senangin. Teluk Rubiah je dah tak ada, tinggal namas je
Sbb tempat tuh la majikan suami dah beli. Dorang nak buat tempat bijih besi. Nak tau detail serve nama VALE MALAYS
IA MANUFACTURING.
Ada rahsia aku nak kongsi...... Seminggu pertama aku hari hari malam nangis......... Rindu kat Mak.. Pengalaman berjauhan dengan mak. Tapi sekarang aku ok dah.