Khamis, 30 September 2010

Entering October


still counting.....!!!!! up coming THIS IS ADAM LAMBERT !!!
can't wait to enjoyed his performing ... LIVE... !!! on October 14th, 2010

Isnin, 27 September 2010

Hp @ aku

aku online ym masing2 punya status berbagai2, ada seronok, sedih, bosan dah macam nak meluahkan perasaan. ala-ala 2 nak 'tunjuk perasaan' gitu.. ada la 2-3 status yang menarik perhatian aku. aku x nak ckp sapa empunya status nanti ada yang marah lak dgn aku.. heheheee
'online via blackberry' online via iphone ' online via ipad' online via iphone 4..
mcm ada unsur2 riak disitu walaupun tanpa sedar dan tanpa tak sedar. Percaya lah !! aku bukan jeless bkn dengki bkn sakit hati sbb aku xder bende2 kat atas tuh. heheheeee.. objektif aku menulis perkara diatas adalah, tetiba2 aku teringatkan model hp memula skali aku pakai sewaktu gaji yang pertama dulu. sungguh teruja okkkkk.!!!
ini lah 1st model hp aku pakai dulu, masa tuh nokia 3310 ni fofularrrrrrrr habessssssssss.. org lain ader aku pun nakkkkkk jgkkk.. masa aku beli tuh RM 400. tahun 2002. sekarang hp ni dah jadi ahli2 penghuni stor kat umh mak aku.. tidak lah aku tau masih elok lagi ke takk..
this is a 2nd, Samsung E530 model ni x fofularrrrrr sgt mcm si 3310 tuh.. hajat di hati nk beli yang lain tp aku mcm jatuh cinta pandang pertama bila terpandang di 'dia' 100% ladies style okk.. aku pakai hp ni dari 2004-2006 sampai jahanammmm.. yang jahanam komponen2 dalam je luaran masih cantik mcm baru. skrg hp ni bersemadi di dalam loker sekali dgn kotak, charger, handsfree, warranty card, resit masa beli pun ada skali.

3rd one !! beli tahun 2006 RM 780. Sampai hari ni aku masih pakai lagi, aku punya kaler putih. keadaan hp ni masih baik lagi cuma kdg2 short sbb dah banjir dgn air liur Adilah. Ada 3G, tapi sejak beli sampai hari ni seingt aku x sampai 5 kali aku ber 3G. sepanjang 7 tahun aku bekerja ini je la 3 jenis hp yg aku guna kan. org lain dah mcm2 berry dah, iphone la, ipad la.. tapi aku tidak rasa ketinggalan pun. hp ni sebahagian dari perhiasan je. org lain be fb pkai hp aku masih setia dgn notebook aku ni.. hehheeeeee.. xper la org nak ckp aku ketinggalan pun asal aku masih igt sapa perdana2 menteri malaysia, asal aku masih tau apa itu KLCC, apa itu Komputer aku rasa aku tidak la tinggal di belakang. Dan aku bukan sorang yang taksub dgn model2 hp ni. aku pakai pun utk kesenangan aku berhubung.. sekurang2 nya aku lagi 'update' kot dari org2 yg beratur sambil pegang syiling pakai public phone.. heheheeeeee..

Ahad, 26 September 2010

Seorang IBU

sudah termaktub dalam AL QURAN NUR QARIM salah satu dosa-dosa besar adalah menderhaka kepada ibu bapa. Setitik air mata ibu secalit tergurisnya hati si ibu berdosa la anak itu. Kenangkan sakit dan susahnya ibu itu mengandungkan, melahirkan, menjaga, dan mendidik, dari sekecil jasad anak itu hingga sebesar2 jasad. Jadi, kenapa perlu nak menderhaka pada ibu dan ayah. kenapa perlu letak kan mereka di giliran yang paling akhir sekali.
Aku nak kongsi cerita.. perasaan aku bersarang masa si ibu meluahan kan kesedihan dek perbuatan si anak yang boleh aku kata kan si tanggang versi alaf baru. Aku tak sebelah kan si ibu jauh lagi si anak. sbb aku tak tahu sejauh mana kebenaran cerita2 si tanggang ni. Nak cakap banyak pun aku takot aku yang terlebih cakap secara x langsung menjurus aku kepada mengumpat si anak..heheheee jadi aku mendengar je la sekali sekala bagi pendapat. Nak tulis panjang2 dalam blog pun aku rasa mcm x adil. sbb aku xtau hal yg sebenar2nya kan. aku ambik sebagai pengajaran pada diri aku juga,, sejauh mana pun kita ni sebagai anak pergi akhirnya akan kembali juga pada ibu bapa kita. seburuk2 adik beradik pun tetap sedarah dgn kita. tidak selamanya kita di atas.. sampai masa akan tiba gilir si anak menjadi si ibu. Wallahualam..

* tiba2 rindu kat mak.. huhuuuuuuu

Khamis, 23 September 2010

Sehati Berdansa

tgk video ni http://www.youtube.com/watch?v=h1h82bqloNE kat youtube aku rasa mcm nak berdansa. Konon2nya si Vanessa tuh aku si Zac tuh suami aku. Tersengih2 aku tgk sambil berangan2 poyo yg lintang liuk dlm video tuh aku dan suami... Gelakkkkk !!! Gelakkk !!!!!
larat ke suami angkat/dokong aku..??? lagipun aku x pakai gaun pendek2 ni.. x penah dibuat seumur hidup. arghhh lantak laa.. nama pun berangan kan.. so suami.. can i have this dance..??