Ahad, 27 Februari 2011

Cerita bas mini 16 tahun yang lalu.

16 tahun dulu masa umur aku 11 tahun, dengan umur yang sangat muda buat pertama kalinya aku menggunakan pengangkutan awam seorang diri. Bukan lari rumah, bukan ponteng sekolah, bukan kahwin lari, tapi terpaksa dengan keadaan. Sebelum ini kalau aku naik bas, teksi pasti bersama-sama keluarga. Pergi sekolah dulu pun kayuh basikal, jalan kaki, naik bas sekolah dengan kawan.

Tahun 1995 aku datang KL a.k.a Selayang (nak juga Kuala Lumpur tu kan) dari Negeri Sembilan di jemput oleh salah seorang mak saudara. Waktu itu hanya aku dan abang saja, emak tak ikut lagi sebab perlu urusan beberapa perkara. Ayahku tiada dalam ini cerita okay.. so stop asking please. Rindu2 manja beb pisah dengan mak.. malam2 tutup muka dengan bantal nangis ingat mak.. masa ini la baru nak nyesal sebab ‘nakal’ dengan mak. Nak kongsi rasa dengan abang.. lelaki beb.. ego tinggi.. dalam hati dia je la tahu kan.

Sampai je satu tempat yang diberi nama Selayang Baru, aku telah didaftar kan sekolah di Sek Ren Taman Selayang (2), Taman Selayang dekat dengan Batu Caves, Tuntutan itu la yang menyebab kan aku terpaksa menggunakan khidmat Bas Mini . Zaman 1995/96 atau sebelum tu, memang bas mini yang paling satu2nya pilihan selain teksi. Seminggu boleh la mak saudara aku hantar dan ambik , tak kan sampai aku abis UPSR dia nk ambik hantar pula kan. Nak saing dengan abang aku, lain sesi , aku petang dia pagi. Di sebabkan abang aku lelaki anak jantan, mak saudara aku lepaskan dia sorang pada hari ke 3 persekolahan.

Disebabkan dengan kudrat mak saudara aku tak mampu untuk ulang alik di tambah dengan jarak antara rumah dan sekolah yang jauh aku telah dihantar di rumah salah seorang lagi mak saudara ku di Taman Batu Caves. Dari situ aku ke sekolah dengan menggunakan Bas Sekolah bersama sepupu ku yang sebaya umur dengan aku. Mungkin rezeki, kos tambang dibiayai oleh arwah bapa saudaraku . Walaupun aku sudah boleh melepaskan sedikit keluhan dengan kemudahan itu, namun jauh disudut hati aku menangis, aku memberontak, aku terkilan, aku marah..

menangis kerana kena berpisah dari mak dan abang, aku nak bersama keluarga aku bukan ini yang aku nak. Memberontak kerana bukan pilihan aku hidup jauh terasing dari keluarga sendiri apatah lagi waktu itu menumpang hidup dirumah saudara mara, Terkilan kerana perasaan dan kemahuan aku tidak mahu berpisah dengan mak dan abang tidak pernah diambil peduli hanya sebab aku masih budak ketika itu. Marah kerana kehidupan aku telah diaturkan tanpa kerelaan aku. Tragis sungguh ketika itu.

Setelah 5 bulan, baru lah mak aku berhijrah ke Selayang, tapi aku tidak dapat bersama abang dan mak ketika itu atas alasan jauh untuk aku berulang ke sekolah. Tak mengapa lah, asalkan mak sudah ada dekat dengan aku, jumaat petang lepas sekolah aku pulang ke Selayang dengan Bas mini dan Isnin lepas sekolah aku balik ke rumah mak saudara kembali. Pada saat itu lah aku mula berdikari sendiri naik turun bas. Teringat satu peristiwa, waktu itu aku tak dapat balik Selayang Jumaat lepas sekolah, esoknya sepupu aku hantar aku dengan basikal (tersenyum aku.. terimbas kembali detik itu) sampai ke warta dari situ aku seberang jejantas naik bas ke Selayang. Masa tu.. betul2 aku ader 20 sen saja. Iya laa budak sekolah kan.. ekonomi keluarga pun suam2 je. Terkelip2 konduktor tu pandang aku tanya nak kemana dengan 20 sen ni. Aku tahu, tambang tak cukup tapi itu je yang aku ada. Dengan izin Allah, aku pun sampai di Selayang. Lepas kejadian tu aku lebih berjimat dengan duit belanja sekolah yang dibekalkan dan aku semakin biasa seorang diri berulang Selayang ke Batu Caves, malah sejak dari itu juga aku lebih selesa kemana2 sorang diri.

Sekarang.. cakap je apa jenis pengangkutan yang nak. Semua kita dah boleh rasa. Monoreil, LRT ,ERL, RAPID, Metro bus eh macam2 la. Bas Mini pun dah tinggal nama , teksi pun dah up to date. Tambang sekarang aku langsung tak tahu. Aku dah lama tak naik bas sejak 2004 heheheeee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan