Isnin, 14 Februari 2011

Kenapa dengan aku

Aku baru saja mula berkerja isnin 14hb hari tuh setelah kembalinya aku dari cuti.. cuti apa.. cuti Raya Cina 2 hari + 2 hari weekends aku up lagi 5 hari + 2 hari weekends. Sakan sangat bercuti tu. Cuti sakit sakan la aku duduk rumah dengan diri sendiri yang rasa di awangan2 tuh. Punca nya aku demam masa 1st Raya Cina pegi klinik doktor kata darah aku tinggi tak sesuai dengan umur aku. sebab aku demam kah..? sebab aku kurang tido kah..?? sebab aku kurang rehat kah..?? tidak !!! doktor kata sebab aku memang pengidap.. menung aku kejap. macam tak boleh nk pasrah bila umur lewat 20-an mcm aku ini dah kena sakit boleh dikatakan kronik.. kronik kalau tidak dijaga lah. di baginya aku ubat darah tinggi tapi doktor tak garenti boleh hilang.. lagi sekali aku kena pasrah.. bila aku makan je ubat darah tinggi,demam,batuk,selsema sekejapan kepala aku berat terasa mcm melayang2 mcm naik tikar terbang beb.. asal aku telan je ubat2 tuh.. haa siap awangan2 aku sampai.. suami ckp dadah kat ubat tuh bnyak agaknya.. Aku pergi cek di klinik lain darah tinggi jgk tapi doktor itu pula kata tidak semestinya aku penghidap sebab aku kan demam suhu badan naik, tidur tak cukup rehat tak cukup makan tak cukup juga penyebab tekanan darah boleh naik dari normal. so dia bagi aku 2 biji ubat tido dan ubat darah tinggi ubat2 demam pun bagi jgk esok doktor suruh datang lagi. Esok pergi cek... dah pun normal tapi border kata doktor la 120/90 di baginya aku cuti sakit seminggu terus. Seronok kah aku..??
Tidak.. sapa nak sakit kan. Jadi, samada aku penghidap atau tak... aku muhasabah diri aku.. jaga kesihatan, jaga diri sendiri, jaga makan. Lagi aku muhasabah diri bila teringat awal sampai akhir mengandung memang tekanan darah aku tak stabil naik turun. Aku taknak makan ubat seumur hidup wehh.. nyahh kan garam berlebihan dari hidupppp aku !!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan