Ahad, 15 Mei 2011

Macam Mainan

Selasa lepas pukul 10 malam TV9 cerita Halaqah, tajuk pada minggu itu 'MACAM MAINAN' siapa yang tengok mesti tahu. Macam mainan.. ye itu la nasib2 bayi yang baru lahir sekarang ni. Dilahirkan dan dibiarkan keseorangan meniti usia yang entah berapa lama. Sudah la dia biarkan keseorangan, dibiarkan di tepian2 jalan, dalam longkang, dalam longgokan sampah, di masjid/di surau dengan ancaman2 binatang liar walaupun semut. Mana agaknya sifat kemanusian yang penuh kasih dan sayang terhadap bayi ini apatah lagi zuriat sediri..>?? Sedih aku terkenangkan nasib anak2 yang tidak berdosa ini, sengsara hayatnya di muka bumi ini dek perbuatan si ibu. Kalau pun tak nak anak ini, serahkan pada yang sepatutnya sekurang2nya keselamatan anak ini terbela jangan dibuang ibarat barang mainan sesuka hati. Wahai si ibu yang melakukan sedemikian pada anak2 ini, bersedialah dengan pembalasan akibat dari perbuatan keji kamu, rasailah keperitan dan kesakitannya kelak seperti mana anak2mu lalui.

Amir maharajalawak ' orang yg terjumpa bayi dinamakan jodoh, orang yang buang bayi dinamakan BODOH'


Isnin, 18 April 2011

Malas

Dah lama aku tidak bercerita dalam blog ini. Idea nak bercerita tu ada tapi malas, kadang2 tak tahu macam mana nak mula kan cerita dan cerita yang mana aku nak kongsi kan. hey laaa... Sikap macam ini sungguh tak produktif untuk diri sendiri.
Sebulan dua yang lepas terjadinya politik pejabat di tempat kerja aku ini. Boring.. malas aku nak layan. apa saja yang mereka adukan pada aku. ibarat air sungai yang berlalu pergi mengikut arus. asalkan kerja aku siap dan aku datang kerja. Cerita dekat aku pun, aku bukan boleh selesaikan. pergi cerita dengan bos la. Bila jadi nya hal2 politik pejabat ini, hati yang elok2 girang ini telah bertukar menjadi bosan, menyampah, benci. Kenapa..??? sebab tak ader keserasian lagi antara kakitangan dah, dah ada puak2. bos pula buat tak tahu.. langsung tak nak ambil masalah pekerja. Dan aku pun telah berkira2 untuk calusssss je dari sini.. mungkin juga aku perlukan persekitaran kerja yang baru kan. Sampai la tarih aku menaip di blog ini.. kes politik pejabat ni masih berterusan. Ikut suka korang la.. asalkan bukan aku yg jadi masalah pada korang dan asalkan korang tak beri masalah kat aku.
Terbaru, perkhabaran dari suami, dia akan dihantar berkerja di Lumut atau Ipoh pada bulan 6 tahun ni. oh ye.. suami aku bukan Navy ye.. mentang2 la lumut kan tempat Navy2. Tanpa perbincangan kami suami isteri, suami telah menggunakan kuasa veto nya memerintahkan aku dan anak ikut sekali dia berpindah di negeri Perak itu. Aku tak ada masalah. sementah la dengan keadaan pejabat yang entah apa2 sekarang kan. masalah aku adalah anak. Aku belum putuskan lagi kerja atau tidak di Perak nanti. andai aku kerja siapa pula yang nk jaga anak..?? nak serah pada pengasuh, nursery,taska.. ohhhh tidak sama sekali. aku 100% tidak percayakan orang luar. Macam2 kes sekarang dan aku percaya.. bukan aku sorang saja yang berperasaan begitu ibu2 diluar sana juga. Mak aku kata biar dia jaga dan tinggalkan anak dengan dia seminggu sekali datang tengok, Suami kata ' saya sanggup berhenti kerja cari kerja lain dari tinggal jauh dari anak'. aku pula kata ' oo tidak mak.. sorry'. Suami beri cadangan pada aku.. pindah dulu lepas tuh baru fikir kerja atau tidak, nak kerja boleh nak duduk rumah pun boleh. Aduyai.. hati berbelah bagi. Fikir anak memang tak nak kerja, fikir diri sendiri nak kerja sebab aku rasa, aku merugi kan usia muda aku dengan menjadi suri rumah sepenuh masa. dah biasa kerja, dah biasa pegang duit sendiri kan. hari ini pun masih berkira2 lagi. Tengok lah nanti.

Syok ke duk kat Perak nanti huh..???

Ahad, 27 Februari 2011

Cerita bas mini 16 tahun yang lalu.

16 tahun dulu masa umur aku 11 tahun, dengan umur yang sangat muda buat pertama kalinya aku menggunakan pengangkutan awam seorang diri. Bukan lari rumah, bukan ponteng sekolah, bukan kahwin lari, tapi terpaksa dengan keadaan. Sebelum ini kalau aku naik bas, teksi pasti bersama-sama keluarga. Pergi sekolah dulu pun kayuh basikal, jalan kaki, naik bas sekolah dengan kawan.

Tahun 1995 aku datang KL a.k.a Selayang (nak juga Kuala Lumpur tu kan) dari Negeri Sembilan di jemput oleh salah seorang mak saudara. Waktu itu hanya aku dan abang saja, emak tak ikut lagi sebab perlu urusan beberapa perkara. Ayahku tiada dalam ini cerita okay.. so stop asking please. Rindu2 manja beb pisah dengan mak.. malam2 tutup muka dengan bantal nangis ingat mak.. masa ini la baru nak nyesal sebab ‘nakal’ dengan mak. Nak kongsi rasa dengan abang.. lelaki beb.. ego tinggi.. dalam hati dia je la tahu kan.

Sampai je satu tempat yang diberi nama Selayang Baru, aku telah didaftar kan sekolah di Sek Ren Taman Selayang (2), Taman Selayang dekat dengan Batu Caves, Tuntutan itu la yang menyebab kan aku terpaksa menggunakan khidmat Bas Mini . Zaman 1995/96 atau sebelum tu, memang bas mini yang paling satu2nya pilihan selain teksi. Seminggu boleh la mak saudara aku hantar dan ambik , tak kan sampai aku abis UPSR dia nk ambik hantar pula kan. Nak saing dengan abang aku, lain sesi , aku petang dia pagi. Di sebabkan abang aku lelaki anak jantan, mak saudara aku lepaskan dia sorang pada hari ke 3 persekolahan.

Disebabkan dengan kudrat mak saudara aku tak mampu untuk ulang alik di tambah dengan jarak antara rumah dan sekolah yang jauh aku telah dihantar di rumah salah seorang lagi mak saudara ku di Taman Batu Caves. Dari situ aku ke sekolah dengan menggunakan Bas Sekolah bersama sepupu ku yang sebaya umur dengan aku. Mungkin rezeki, kos tambang dibiayai oleh arwah bapa saudaraku . Walaupun aku sudah boleh melepaskan sedikit keluhan dengan kemudahan itu, namun jauh disudut hati aku menangis, aku memberontak, aku terkilan, aku marah..

menangis kerana kena berpisah dari mak dan abang, aku nak bersama keluarga aku bukan ini yang aku nak. Memberontak kerana bukan pilihan aku hidup jauh terasing dari keluarga sendiri apatah lagi waktu itu menumpang hidup dirumah saudara mara, Terkilan kerana perasaan dan kemahuan aku tidak mahu berpisah dengan mak dan abang tidak pernah diambil peduli hanya sebab aku masih budak ketika itu. Marah kerana kehidupan aku telah diaturkan tanpa kerelaan aku. Tragis sungguh ketika itu.

Setelah 5 bulan, baru lah mak aku berhijrah ke Selayang, tapi aku tidak dapat bersama abang dan mak ketika itu atas alasan jauh untuk aku berulang ke sekolah. Tak mengapa lah, asalkan mak sudah ada dekat dengan aku, jumaat petang lepas sekolah aku pulang ke Selayang dengan Bas mini dan Isnin lepas sekolah aku balik ke rumah mak saudara kembali. Pada saat itu lah aku mula berdikari sendiri naik turun bas. Teringat satu peristiwa, waktu itu aku tak dapat balik Selayang Jumaat lepas sekolah, esoknya sepupu aku hantar aku dengan basikal (tersenyum aku.. terimbas kembali detik itu) sampai ke warta dari situ aku seberang jejantas naik bas ke Selayang. Masa tu.. betul2 aku ader 20 sen saja. Iya laa budak sekolah kan.. ekonomi keluarga pun suam2 je. Terkelip2 konduktor tu pandang aku tanya nak kemana dengan 20 sen ni. Aku tahu, tambang tak cukup tapi itu je yang aku ada. Dengan izin Allah, aku pun sampai di Selayang. Lepas kejadian tu aku lebih berjimat dengan duit belanja sekolah yang dibekalkan dan aku semakin biasa seorang diri berulang Selayang ke Batu Caves, malah sejak dari itu juga aku lebih selesa kemana2 sorang diri.

Sekarang.. cakap je apa jenis pengangkutan yang nak. Semua kita dah boleh rasa. Monoreil, LRT ,ERL, RAPID, Metro bus eh macam2 la. Bas Mini pun dah tinggal nama , teksi pun dah up to date. Tambang sekarang aku langsung tak tahu. Aku dah lama tak naik bas sejak 2004 heheheeee.

Isnin, 14 Februari 2011

Kenapa dengan aku

Aku baru saja mula berkerja isnin 14hb hari tuh setelah kembalinya aku dari cuti.. cuti apa.. cuti Raya Cina 2 hari + 2 hari weekends aku up lagi 5 hari + 2 hari weekends. Sakan sangat bercuti tu. Cuti sakit sakan la aku duduk rumah dengan diri sendiri yang rasa di awangan2 tuh. Punca nya aku demam masa 1st Raya Cina pegi klinik doktor kata darah aku tinggi tak sesuai dengan umur aku. sebab aku demam kah..? sebab aku kurang tido kah..?? sebab aku kurang rehat kah..?? tidak !!! doktor kata sebab aku memang pengidap.. menung aku kejap. macam tak boleh nk pasrah bila umur lewat 20-an mcm aku ini dah kena sakit boleh dikatakan kronik.. kronik kalau tidak dijaga lah. di baginya aku ubat darah tinggi tapi doktor tak garenti boleh hilang.. lagi sekali aku kena pasrah.. bila aku makan je ubat darah tinggi,demam,batuk,selsema sekejapan kepala aku berat terasa mcm melayang2 mcm naik tikar terbang beb.. asal aku telan je ubat2 tuh.. haa siap awangan2 aku sampai.. suami ckp dadah kat ubat tuh bnyak agaknya.. Aku pergi cek di klinik lain darah tinggi jgk tapi doktor itu pula kata tidak semestinya aku penghidap sebab aku kan demam suhu badan naik, tidur tak cukup rehat tak cukup makan tak cukup juga penyebab tekanan darah boleh naik dari normal. so dia bagi aku 2 biji ubat tido dan ubat darah tinggi ubat2 demam pun bagi jgk esok doktor suruh datang lagi. Esok pergi cek... dah pun normal tapi border kata doktor la 120/90 di baginya aku cuti sakit seminggu terus. Seronok kah aku..??
Tidak.. sapa nak sakit kan. Jadi, samada aku penghidap atau tak... aku muhasabah diri aku.. jaga kesihatan, jaga diri sendiri, jaga makan. Lagi aku muhasabah diri bila teringat awal sampai akhir mengandung memang tekanan darah aku tak stabil naik turun. Aku taknak makan ubat seumur hidup wehh.. nyahh kan garam berlebihan dari hidupppp aku !!!!

Rabu, 26 Januari 2011

Status

Hari ini, semalam, seminggu, sebulan dan bulan2 sebelum setiap kali aku online di FB (Facebook) macam2 status kawan2 aku luahkan kat situ. Suka, duka, ketawa, stress semua ada. Kadang2 yang tak masuk diakal pun ada, sebab apa aku kata mcm tuh.. c'mon la.. FB ni tatapan umum tak kan la sampai nk ke bilik air, nak masak apa, nak pakai baju apa bla bla bla pun berstatus kat FB. Aku sebagai pembaca ni kadang2 jengkel je baca walaupun itu kawan2. Tak salah pun nak letak apa2 status tapi biarlah yang terima dek akal, yang tak memalukan diri sendiri, yang tak buat org menyampah, meluat segala. Tak perlu kot aku rasa nak kongsi benda yang terlalu peribadi kat umum. ni kalau lapar , pening , tension kena marah dgn parents , selipar hilang pun nk masuk dalam status apa hal kan.. yang komen 2 x 5 jugak la. kalau taknak org mengata, tergelak sinis dek tindakan kurang bijak tuh.. masuk kan la komen2 yang bernas, nampak kan la diri tuh matang dewasa. Aku sendiri pun jarang sangat nak berstatus di FB melainkan kalau aku rasa perlu, komen pun jarang2 joint selalunya aku hanya jadi pembaca je. Setiap org ada pendapatkan, so this is my opinion, u like it or not.. its up to me to read it and wrote it right..!!
similarly you out there kan. have a nice day on FB babehhh. last but not least , please don't get me wrong ok.. i'm talking ( talking ke ni..) about worst/suck status not the all status on FB ok.

# FB nak tutup eh..???!! Ada aku peduli>>!! LoL

Ahad, 23 Januari 2011

Aizat



sapa yang tak kenal dengan lelaki diatas ini..??? mungkin ada yang tak tau dia bermula daripada AF musim ke 5. Aku mengaku masa dia di AF aku tak suka dia, aku tak akui bakat yang dia ada segala2 tentang kehebatan dah kelebihan dia semuanya aku nafikan. Dia tak ambil masa yang lama habis je musim AF mase tuh dia tampil dengan single HANYA KAU YANG MAMPU. mula2 aku dgr aku tak percaya itu adalah dia. Lagi aku x percaya bila aku tengok gambar terbaru dia, dr seorang yang bersaiz XXL kepada M. wahhh... Sekarang... bagi aku dia telah mencipta Jenama yang tersendiri dengan imej yg sederhana, perwatakan yang 'low profile' , lagu2 yang segar, suara yang 'smooth' sentuhan seni dia benar2 bt aku terpukau sekali gus meranapkan segala ke egoaan aku tentang dia sebelum ini. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih.. dia mengambil cabaran dengan mengecilkan saiz badan nya untuk membuktikan pada aku dan peminat2 seni yang dia memang seorang yang berbakat dan seterusnya boleh bersaing dengan bilangan penghibur di Malaysia ni.. itu la AIZAT.