Jumaat, 4 Jun 2010

sebelum dan sesudah

bulan JUN edisi 2010 dtg lagi, dh pun setengah tahun.. kejap je rasa esok lusa dh puasa pastu raya pula. 24 jam sekarang aku rasa mcm 12 jam je. sebelum2 ni aku xder kisah pun pasal peredaran masa ni, bila dah berkeluarga komitmen pun dah bertambah baru nk sedar.. padan muka aku.. heheheeee entry kali ni aku nk aku nk kongsi cerita pasal mertua aku. Kesian sgt.. aku x jangka jd mcm ni, rasa mcm baru je aku jumpa dia.. okay je semua.. tetiba jd mcm ni.. dugaan ALLAH. Cuti wesak mggu lps mmg plan aku dh suami nk cuti2 malaysia je.. cuti2 kat umh sendiri jer pun. tetiba dpt panggilan dr adik ipar bgtau ' mak masuk hospital, jatuh !!!' gelabah la aku dgn suami siap2 blk muar. sampai je dia hospital sultanah fatimah, muar keadaan mak nmpak lesu tp masih mampu tersenyum utk anak cucu nya.. punca mak mertua aku jatuh sbb kaki nya bengkak.. asal nya hanya melecet tp dibuat x kisah je, then merebak jadi bengkak dan hitam. tp mak mertua masih gagahkan diri jgk masak utk berniaga, sampai la mak terjatuh dlm pd tuh demam pula, ayah mertua bwk ke klinik.. doktor kat klinik tuh langsung x berani nk bt apa2 kat mak, bt surat terus ke hospital. sampai kat hospital baru la tau mak sebenarnya penghidap kencing manis..!!! dan bacaan kencing manis mak adala 29 !!!! sgt2 tggi.. sapa ada kencing manis dia tau la.. tuh sbb luka yg melecet tuh jd bengkak dan hitam, keadaan mak mertua aku skrg !!!??? alhamdulilah sihat, bacaan kencing manis pun makin turun tapi 4 jari kaki belah kira mak terpaksa dipotong sbb dah kena jangkitan kuman, klu di simpan akan merebak lebih teruk.. yg tggal adala si ibu jari kaki mak sahaja.. smlm ayah mertua pi tanam jari kaki tu.. mak nmpak mcm xder apa2.. tp dlm hati dia.. xder sapa yg tahu. Mula dr situ aku dgn suami lebih menitikberat kan soal kesihatan. sebelum terjadi lebih baik aku beringat. tidak akan aku minum lagi air2 karbonat tuh dah. terutama si COCA COLA tuh.. slurpee kat 7E pun aku xmo dah.. jd marilah kita sama2 menjaga dan menghargai kesihatan tubuh badan kita.

* aku xder mood nk berceloteh pjg2.. hari ni rasa x sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan