Ahad, 25 Julai 2010

Kehilangan

Sejak 2 minggu ni aku kerap singgah blog si ibu ni. blog ni sepupu aku yg kenalkan. mulanya aku bt x reti jer. si sepupu pulak asek ckp.'sedih..sedih..anak dia meninggal'. jadi dlm terpaksa nya aku pun bukak la blog si ibu ni.. ader diserta kan video youtube skali.. alunan lagu selawat dr dato siti btul2 memanah hati ibu aku ini. curahan air mata x dpt aku tahan lagi. sampai hari ni klu aku singgah blog si ibu ni air mata aku x penah jemu mengalir. wanita itu seorg ibu yg diuji. x tertahan sebak pilu aku saat ibu itu meluahkan 'rindu x tertanggung' pada anak yg telah pun pergi dek penyakit yg tiada ubatnya. adakalanya aku bayangkan situasi itu terjadi pada aku, kuatkan aku menerimanya..?? sampaikah hati aku ..?? ohhhhh.. yg terjadi itu kehendak ALLAH. setiap kali melihat wajah anak kecil itu ingatan aku terus pada anak aku dan setiap kali melihat wajah anak aku setiap kali tu juga aku teringat pd anak ini. bersyukur pada ALLAH kerana mengurniakan aku bayi yg cukup sifat, yg baik kesihatanya. nasib aku lebih baik dari nasib ibu yg diuji ni. tapi.. kuasa ALLAH.. apa saja terjadi di muka bumi ni ada hikmahnya. skrg ni sejak aku mengenali ibu ini dan anak kecil ni setiap kali solat aku kirimkan doa pd ibu dan AL fatihah pada anak kecil itu. jiwa aku betul2 rapat dgn mereka. biar pun kami saling x mengenali. si ibu perlu teruskan hidup.. walau sekejam mana kehilangan itu.. walau sedalam mana kerinduan itu.. walau sepahit mana perpisahan itu. anak kecil itu telah pergi selamanya, x ada lagi derita, x ada lagi kesakitan pada tubuh kecil itu. YA ALLAH .. kurnia kan la kesihatan yg baik pada anak ku, jauhi la dia dari segala penyakit.. aku pasti.. sesiapa yg sudah merasai kemanisan menjadi seorang yg bergelar ibu pasti berkongsi kehilangan ini, berkongsi penderitaan anak ini dan berkongsi keperitan ibu ini. AL Fatihah untuk arwah Alanna Qish.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan