Jumaat, 30 Julai 2010

Naluri Ibu Aku


Nor Adilah Raudah Binti Al Mizan


Adilah, tak dpt ibu gantikan dgn kata kata utk meluahkan betapa ibu menyanyangimu. tak ada kata kata utk ibu gambarkan betapa ibu merindui mu setiap detik setiap saat. kaletah mu sentiasa bermain main di mata ibu. Anakku.. cepat masa berlalu terasa seperti baru melahirkan adilah, sekarang adilah dah pun 6 bulan 11 hari.
Adilah, jari jemari kecil mu mampu meragut hati ibu, tangisan dan ketawa mampu meruntuh jiwa ibu, ibu haus dgn senda mu, ibu damba senyum tawa mu, ibu igau setiap kaletahmu, ibu taksub dgn sentuhan mu sayang.. semua tentang diri mu bt ibu bahagia..
Adilah, membesarla sayang.. rasai la kasih sayang ibu dan ayah yg tidak penah berpaling. sungguh bahagia ibu memiliki mu. Yang terindah itu la diri mu.. yang tercipta untuk ibu dan ayah.. Syukur pada ALLAH s.w.t atas kenikmatan ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan