Khamis, 12 Ogos 2010

dekat di hati.

3 ramadhan, selamat hari lahir buat anakanda Alanna Qish. Sungguh luar biasa tarikan anak ini di mata aku. Biar aku x pernah mengenali apatah lagi membelai halus mulus tubuhnya tapi naluri dan perasaan aku seakan dekat pada anak ini. Dia telah pergi meninggalkan mummy,daddy, keluarga, sedara mara dan juga telah meninggalkan aku. Tanpa sempat anak ini bertatih di muka bumi ini, tanpa sempat anak ini mengenal erti kasih syg mummy daddy nya dan tanpa sempat anak ini merasai segala kenikmatan di dunia ini.. Pasrah dgn takdir.. anak ini rebah dan tidak pulang lagi bawa bersama segala kesakitan dan penderitaan yang tidak tertanggung. Di iringi air mata dan kepiluan yang memuncakk mummy, daddy, aku harus juga Pasrah..

Alanna Qish.. seindah nama seindah rupamu.. hadir mu di muka bumi ini sekadar menjenguk.. Ku rindu kan anak ini.. tidak di izin kan Allah yg maha esa untuk aku bertemu nya.. hanya gambar sebagai ganti. Ku rasa kan setiap titisan air mata mummy daddy nya.. Ku halusi setiap kerinduan mummy dadday nya.. apa kan daya... Segala telah tertulis.. Pahit pedih sakit harus di tempuh..

Alanna Qish.. bukan anak kandung ku, bukan darah daging ku, aku bukan siapa2 pada anak ini.. Aku hanya la seorang ibu yg berkongsi kasih sayang bersama ibu Alanna Qish. Teruskan laa harungi titian dunia ini mummy tanpa anak ini.. Insyaallah ada kebahagian menanti kelak.
Selamat Hari Lahir Alanna.. Al Fatihah utk sekian kali nya...

Ya Allah Ya Rasullullah.. sungguh aku bersyukur dgn kurniaan mu walaupun aku sering alpa dan lalai akan tnggung jawabku padamu.. Jangan lah aku di uji dengan KEHILANGAN. Tunjuk dan kembali kan la aku pada jalan benar mu.. Pelihara dan kurnia kan lah kesihatan dan kesejahteraan untuk Anakanda ku Nor Adilah Raudah.. Dia yang aku sayang.

Nor Adilah Raudah.. anak ibu.. anak kandungku,darah dagingku, kamu yang ibu sayang.. siang dan malam ibu untukmu.. rindu dan sayang ibu untuk mu.. Akan ibu nanti kan dewasa mu, akan ibu curahkan segala kasih dan sayang pada mu sehingga ibu menutup mata.. Bertatih la sayang..
harapan ibu.. semoga kehadiranmu kebahagian buat ibu dan ayah yang hakiki.. Sayang ibu.. sayang ibu..

Isnin, 9 Ogos 2010

Ramadhan Aku

Ramadhan datang lagi. Kali ni lebih meriah dgn adanya Adilah. Tahun lepas aku mengandungkan dia. Alhamdullilah... dpt sebulan aku puasa tahun lepas. Tahun ni belum tahu lagi. heheeee.. Banyak beza nya tahun ni dgn tahun lepas. Tahun2 lepas aku berpuasa dgn mak. Semua mak sediakan aku tolong2 jer.. tahun ni aku sendiri yg kena sedia kan setelah tinggal berasingan dgn mak yg tercinta. Bangun awal pagi bukan la perkara luar biasa pada aku, setakat bangun kol 4 pagi tuh xder la susah tapi nk sedia kan juadah sahur tu agak susah pada aku.. HADOI !!!!!! terkuit2 la aku ni nanti. biasa sahur ni selera x tajam macam berbuka kan.. jadi aku akan sedia kan juadah sahur nanti ikot sedap tekak aku je la.. suami kuu.. sila jgn komplen okkk..
Yang menjadi kemusykilan aku adalah sempat ke aku masak utk berbuka nanti..??? Bulan puasa aku abis keje kol 4, ambik anak kat rwg jln rwg tuh maklum saje la kan memanjanggggggggggg je jem.. abes gondol dah segala bukit2 kat templer tuh nak buat jalan. dah ambik anak nk patah balik gombak. kat situ jer mkn masa sejam lebih klu xder apa hal. Sampai umh nk siap2 kan bende2 nk masak kang sambil2 tuh Adilah pulak mencelah, dia pula skrg dh pandai merayap2 aku ke dapur dia ke dapur aku dlm bilik dia dlm bilik aku lipat baju dia lipat baju.. heeyyy laaaaaa... mcm mana la nanti ye... xkan laa sebulan tuh aku nk main beli je kan.. kang x merasa lakk air tangan isteri utk suami tercinta ku.. :) nak masak cincai2 sian pulak, ambik berkat bulan ramadhan kan biar la terbaik je semua.. Aku x boleh nk pikir skrg tggu je masa nya nanti.. Sunat teraweh pulak.. mcm mana laaa aku nk pergi, sapa pula nk tggu Adilah.. tahun lepas boleh la dia duk dlm rahim aku je. ermmmmmmmmm.... mcm mana ye..???
'SELAMAT BERPUASA DAN AL FATIHAH PADA YG TELAH TIADA'
(ramadhan ni mereka ada dkt dgn kita)

Rabu, 4 Ogos 2010

Hujung Minggu Aku

31.7.2010 - Sabtu
7 pagi kuar pegi kerja.. smpai opis bt keje lebih kurang kol 1 balik ambik anak kat umh mak. igt nk ambik je anak terus blk tapi anak aku tido pulak x sampai hati nk kejut. lps mkn dgn aku pun tido skali.. heheheeee. kul 5 ptg blk umh aku tapi singgah giant dulu beli bahan nk masak bihun sbb mak, abg, akak ipar nk dtg umh.. smpai umh bt bende2 wajib dulu, anak pulak xmo tido asek nk bergurau je dia, nasib baik mak aku ader bleh la aku goreng bihun. tgh goreng bihun suami call. igt dia dh settle keje otw blk umh sekali ' esok pegi penang 3 hari tau' alahhhhhaiiiiiiiiiiiiiii bru igt sok nk jln2 bwk anak.. memerapppp kat umh laaa lagi aku.. sian Adilah. dah pukul 11 baru mak aku blk. sebelum tido packing baju2 suami (sejak dh kawen ni suami aku dh x reti nk bt sendiri okayyyy) packing kain baju aku skali sbb suami suh aku tido umh mak aku sepjg 3 hari dia ke penang. Dia x kasi aku tggal berdua dgn anak.
1.8.2010- Ahad
8.30 pagi dh kuar umh. aku ke rwg suami ke penang.. sian umh aku kosong lagi 3 hari. nk berulang bkn jauh pun gombak rwg jer. tp dh suami x kasi aku terpaksa la ikut kan. OTW nk ke rwg dlm kepala 'ajak mak jenjalan best ni' mood nk jenjalan tuh ader sbb apa tau... sbb suami kasi RM RM RM RM RM !!!! hahahahahhaaaaaaa 3 hari nya belanja kata nya. siap isi kan minyak keta penuh tuh... senang bnyakkk akuuuu.. jimat jimat.. wooohoooooo.. sekali spoil sbb umh aku ada 'tetamu' xyah citer laa sapa tetamu tuh.. tini tau la sapa.. huh !!! mak aku pun ajak la pi tesco rwg tuh je tgk2 lauk basah tuk masak tgh hari a.k.a masak tuk tetamu skali. Sampai tesco kol 9.30 pagi.. org x ramai cari parking pn hati bernyanyi2 riang.. bnyakk kosong.!! apa aku beli kat tesco..???? bnyak yg promosi kat tesco mggu lps.. aku beli periuk kukus.. lps ni bleh la masak stim, kueh talam ke, kek ke heheheeeee aku beli serbuk koko 500gram .. apa motif aku beli pun xtau.. hahahaaaaaaaa nk bt kek lmbat lagi nk raya.. aku beli teko/jag air yg bleh di masak atas api kecik.. haaa dh jimat tenaga dh kat situ x yah bt 2-3 kali keje kan.. aku beli serbuk cuci baju Kuat Harimau yg kaler tuh.. herannnn apasal aku beli padahal kat umh bnyak lagi. saja nk penuh kan troli kot.. tiba mase nk byar.. kemain ramai org kaunter lak bkak 5 jer. tgh2 Q tuh ada sekorrr bapak org ni ' saya dulu yer.. saya beli 1 jer ' peduli apa ko beli 1 ker 10 ke x beli langsung ke.. beratur ttp beratur !!!!! muka senyum2 mcm kerang busukkkkk. igt org suka sgt nk tgk senyum sumbang mambang dia tuh !!! baik aku tgk anak aku senyum walaupn xder gigi lagi.. heheheheheee sampai umh kul 12. Tlg2 mak aku masak smbil melayan karenah anak aku tuh yg dh pandai nk mainn xmo tido.. hadoiii.. tup tap tup tapp dh kul 9 mlm.. anak pun dh tido.. aku pun tertido sedar2 kol 1 pagi sbb sejuk nk mampusssss tah sapa yg bukak kipas tah.. dh bkak aircond pi bkak kipas.. sengal ( minta maaf yer mak.. klu mak yg bukak ) heheheeee..
tu laa weekends aku.. xder yg seronok.. klu dh terperapp kat umh seronok kebendee.. walau x seronok mcm mana pun.. hargai la hidup kita selagi kita masih hidup. weekends ni mcm mana pula..?? suami bg hint nk blk muar.. hadoiiii !!! seronok ke x seronokk aku..?? aku je la tau.. heheheeee

Jumaat, 30 Julai 2010

Naluri Ibu Aku


Nor Adilah Raudah Binti Al Mizan


Adilah, tak dpt ibu gantikan dgn kata kata utk meluahkan betapa ibu menyanyangimu. tak ada kata kata utk ibu gambarkan betapa ibu merindui mu setiap detik setiap saat. kaletah mu sentiasa bermain main di mata ibu. Anakku.. cepat masa berlalu terasa seperti baru melahirkan adilah, sekarang adilah dah pun 6 bulan 11 hari.
Adilah, jari jemari kecil mu mampu meragut hati ibu, tangisan dan ketawa mampu meruntuh jiwa ibu, ibu haus dgn senda mu, ibu damba senyum tawa mu, ibu igau setiap kaletahmu, ibu taksub dgn sentuhan mu sayang.. semua tentang diri mu bt ibu bahagia..
Adilah, membesarla sayang.. rasai la kasih sayang ibu dan ayah yg tidak penah berpaling. sungguh bahagia ibu memiliki mu. Yang terindah itu la diri mu.. yang tercipta untuk ibu dan ayah.. Syukur pada ALLAH s.w.t atas kenikmatan ini.



Isnin, 26 Julai 2010

kisah 3 hari

ada apa dgn 3 hari..?? kisahnya smlm menyembang2 dgn mak sedara aku dok promote kat kwn2 mak aku tempat terapi yg baru bukak kat pekan baru rawang nun. ni bkn terapi kecantikan ekk.. mak aku, makcik aku, kekawan mak aku semuaya sedar diri ok!!.. ni terapi kesihatan utk penyakit yg pelbagai. tua muda bleh bt. makcik aku pun bercerita la pengalaman kwn2 yg dh penah cuba. sipulan ni ada fabroid pastu bt terapi 3 hari saja dah nampak kesan. mcm dh elok skit la.. sipulan ni plak ada buasir (tini, sila jgn terasa ok.. heheheee) bt terapi pun 3 hari dah ok..sipulan ni plak sakit2 kepala pun 3 hari dah ok.. cuba di igt2 blk kan.. lain2 hal pun ' 'klu 3 hari x baik dtg blk' ' lps 3 hari elok la tuh' 'minum 3 kali air jampi serapah ni' ' mandi 3 kali mlm air bunga ni' mmg selalu org akan ckp keberkesanan sesuatu perkara tuh 3 hari.. urusan bank pn kebanyakan 3 hari waktu berkerja. ada tuah ker dgn 3 hari ni. napa x 2 hari, 4 hari, 6 hari, 8 hari..?? (dan mcm sifir 2 dah.. hehehhehe) lagi 3 hari aku nak pi universal studio kat singapore nun.. boleh..???

Ahad, 25 Julai 2010

Kehilangan

Sejak 2 minggu ni aku kerap singgah blog si ibu ni. blog ni sepupu aku yg kenalkan. mulanya aku bt x reti jer. si sepupu pulak asek ckp.'sedih..sedih..anak dia meninggal'. jadi dlm terpaksa nya aku pun bukak la blog si ibu ni.. ader diserta kan video youtube skali.. alunan lagu selawat dr dato siti btul2 memanah hati ibu aku ini. curahan air mata x dpt aku tahan lagi. sampai hari ni klu aku singgah blog si ibu ni air mata aku x penah jemu mengalir. wanita itu seorg ibu yg diuji. x tertahan sebak pilu aku saat ibu itu meluahkan 'rindu x tertanggung' pada anak yg telah pun pergi dek penyakit yg tiada ubatnya. adakalanya aku bayangkan situasi itu terjadi pada aku, kuatkan aku menerimanya..?? sampaikah hati aku ..?? ohhhhh.. yg terjadi itu kehendak ALLAH. setiap kali melihat wajah anak kecil itu ingatan aku terus pada anak aku dan setiap kali melihat wajah anak aku setiap kali tu juga aku teringat pd anak ini. bersyukur pada ALLAH kerana mengurniakan aku bayi yg cukup sifat, yg baik kesihatanya. nasib aku lebih baik dari nasib ibu yg diuji ni. tapi.. kuasa ALLAH.. apa saja terjadi di muka bumi ni ada hikmahnya. skrg ni sejak aku mengenali ibu ini dan anak kecil ni setiap kali solat aku kirimkan doa pd ibu dan AL fatihah pada anak kecil itu. jiwa aku betul2 rapat dgn mereka. biar pun kami saling x mengenali. si ibu perlu teruskan hidup.. walau sekejam mana kehilangan itu.. walau sedalam mana kerinduan itu.. walau sepahit mana perpisahan itu. anak kecil itu telah pergi selamanya, x ada lagi derita, x ada lagi kesakitan pada tubuh kecil itu. YA ALLAH .. kurnia kan la kesihatan yg baik pada anak ku, jauhi la dia dari segala penyakit.. aku pasti.. sesiapa yg sudah merasai kemanisan menjadi seorang yg bergelar ibu pasti berkongsi kehilangan ini, berkongsi penderitaan anak ini dan berkongsi keperitan ibu ini. AL Fatihah untuk arwah Alanna Qish.

Isnin, 5 Julai 2010

tajuk..?? xtau

lama btul x update blog ni. sibuk sgt la aku ni kan. x pyh la aku huraikan kesibukkan aku.. boring!! kdg2 nk bercerita ni kena mood jgk. klu jari jemari je rajin tapi mood x berapa nk ada x mesra.. heheheeeee.. aku xtau apa nk letak tajuk enrty kali ni. alahhh x pyh tajok pun xpe.. bkn kena saman pun. aku nk ckp pasal piala dunia yg tggal hujung2 je lagi. (agak ketinggalan aku disitu ye) aku rasa ramai wanita - wanita dlm MALAYSIA ni minat dgn sukan bola sepak ni. jadinya xder salah wanita seperti aku ni memberi ulasan pasal piala dunia ni. aku nk ulas pun bkn la mcm shebby, zainal abidin rawop.. takat ulas2 ringan jer,, :p. 1 bende je yg aku x suka tgk player2 ni. klu diperhatikan dorang ni gemar sgt meludah.. 90 mnt game bapa kali dorang meludah..?? bnyak benar air liur.. dah la diludah2 nya padang tuh pastu jatuh tergolek2 kat padang tuh. elok sgt la tuh.. virus !!!!!! lepas tuh kita dpt saksi kan muka2 keterujaan player yg berjaya meloloskan bola ke pintu gol.. bagai nak rak la dorang meraikan. kdg2 tuh siap berjoget2 sakan.. lps tuh kalah.. hahahhahaaaa. baru 1 gol score dh taksub giler.. 90 mnt tuh apa2 pun bleh jadi. mcm Ghana vs Uruguay.. aku tgk game tuh okkkk.. sapa tgk dia tau la. klu terlepas pi tgk ulangan..kat astro tgh rancak dok ulang2 siaran. dlm org dok Wolrd Cup fever ni kan tetiba opismate aku bleh ckp ' kenapa bola yg ada piala dunia, knapa hoki xder, ping pong xder,??' @$#%^*&&^#%$ !!! dia ni nampak sgt x mengikut perkembangan dunia apa lagi sukan. klu aku x silap.. hoki ada piala dunia, badminton pun ada, tenis ada jgk.. tp ping pong aku xtau.. hahahhahahhhaha..
* penulisan aku agak bosan diatas sana.. sbb aku mmg bosan xder mood. mcm aku ckp td la.. klu jari jemari rajin tp mood xder jd x mesra.. ibarat mcm. ikan masin sepat yg x rasa masin nya..