Jumaat, 30 Julai 2010

Naluri Ibu Aku


Nor Adilah Raudah Binti Al Mizan


Adilah, tak dpt ibu gantikan dgn kata kata utk meluahkan betapa ibu menyanyangimu. tak ada kata kata utk ibu gambarkan betapa ibu merindui mu setiap detik setiap saat. kaletah mu sentiasa bermain main di mata ibu. Anakku.. cepat masa berlalu terasa seperti baru melahirkan adilah, sekarang adilah dah pun 6 bulan 11 hari.
Adilah, jari jemari kecil mu mampu meragut hati ibu, tangisan dan ketawa mampu meruntuh jiwa ibu, ibu haus dgn senda mu, ibu damba senyum tawa mu, ibu igau setiap kaletahmu, ibu taksub dgn sentuhan mu sayang.. semua tentang diri mu bt ibu bahagia..
Adilah, membesarla sayang.. rasai la kasih sayang ibu dan ayah yg tidak penah berpaling. sungguh bahagia ibu memiliki mu. Yang terindah itu la diri mu.. yang tercipta untuk ibu dan ayah.. Syukur pada ALLAH s.w.t atas kenikmatan ini.



Isnin, 26 Julai 2010

kisah 3 hari

ada apa dgn 3 hari..?? kisahnya smlm menyembang2 dgn mak sedara aku dok promote kat kwn2 mak aku tempat terapi yg baru bukak kat pekan baru rawang nun. ni bkn terapi kecantikan ekk.. mak aku, makcik aku, kekawan mak aku semuaya sedar diri ok!!.. ni terapi kesihatan utk penyakit yg pelbagai. tua muda bleh bt. makcik aku pun bercerita la pengalaman kwn2 yg dh penah cuba. sipulan ni ada fabroid pastu bt terapi 3 hari saja dah nampak kesan. mcm dh elok skit la.. sipulan ni plak ada buasir (tini, sila jgn terasa ok.. heheheee) bt terapi pun 3 hari dah ok..sipulan ni plak sakit2 kepala pun 3 hari dah ok.. cuba di igt2 blk kan.. lain2 hal pun ' 'klu 3 hari x baik dtg blk' ' lps 3 hari elok la tuh' 'minum 3 kali air jampi serapah ni' ' mandi 3 kali mlm air bunga ni' mmg selalu org akan ckp keberkesanan sesuatu perkara tuh 3 hari.. urusan bank pn kebanyakan 3 hari waktu berkerja. ada tuah ker dgn 3 hari ni. napa x 2 hari, 4 hari, 6 hari, 8 hari..?? (dan mcm sifir 2 dah.. hehehhehe) lagi 3 hari aku nak pi universal studio kat singapore nun.. boleh..???

Ahad, 25 Julai 2010

Kehilangan

Sejak 2 minggu ni aku kerap singgah blog si ibu ni. blog ni sepupu aku yg kenalkan. mulanya aku bt x reti jer. si sepupu pulak asek ckp.'sedih..sedih..anak dia meninggal'. jadi dlm terpaksa nya aku pun bukak la blog si ibu ni.. ader diserta kan video youtube skali.. alunan lagu selawat dr dato siti btul2 memanah hati ibu aku ini. curahan air mata x dpt aku tahan lagi. sampai hari ni klu aku singgah blog si ibu ni air mata aku x penah jemu mengalir. wanita itu seorg ibu yg diuji. x tertahan sebak pilu aku saat ibu itu meluahkan 'rindu x tertanggung' pada anak yg telah pun pergi dek penyakit yg tiada ubatnya. adakalanya aku bayangkan situasi itu terjadi pada aku, kuatkan aku menerimanya..?? sampaikah hati aku ..?? ohhhhh.. yg terjadi itu kehendak ALLAH. setiap kali melihat wajah anak kecil itu ingatan aku terus pada anak aku dan setiap kali melihat wajah anak aku setiap kali tu juga aku teringat pd anak ini. bersyukur pada ALLAH kerana mengurniakan aku bayi yg cukup sifat, yg baik kesihatanya. nasib aku lebih baik dari nasib ibu yg diuji ni. tapi.. kuasa ALLAH.. apa saja terjadi di muka bumi ni ada hikmahnya. skrg ni sejak aku mengenali ibu ini dan anak kecil ni setiap kali solat aku kirimkan doa pd ibu dan AL fatihah pada anak kecil itu. jiwa aku betul2 rapat dgn mereka. biar pun kami saling x mengenali. si ibu perlu teruskan hidup.. walau sekejam mana kehilangan itu.. walau sedalam mana kerinduan itu.. walau sepahit mana perpisahan itu. anak kecil itu telah pergi selamanya, x ada lagi derita, x ada lagi kesakitan pada tubuh kecil itu. YA ALLAH .. kurnia kan la kesihatan yg baik pada anak ku, jauhi la dia dari segala penyakit.. aku pasti.. sesiapa yg sudah merasai kemanisan menjadi seorang yg bergelar ibu pasti berkongsi kehilangan ini, berkongsi penderitaan anak ini dan berkongsi keperitan ibu ini. AL Fatihah untuk arwah Alanna Qish.

Isnin, 5 Julai 2010

tajuk..?? xtau

lama btul x update blog ni. sibuk sgt la aku ni kan. x pyh la aku huraikan kesibukkan aku.. boring!! kdg2 nk bercerita ni kena mood jgk. klu jari jemari je rajin tapi mood x berapa nk ada x mesra.. heheheeeee.. aku xtau apa nk letak tajuk enrty kali ni. alahhh x pyh tajok pun xpe.. bkn kena saman pun. aku nk ckp pasal piala dunia yg tggal hujung2 je lagi. (agak ketinggalan aku disitu ye) aku rasa ramai wanita - wanita dlm MALAYSIA ni minat dgn sukan bola sepak ni. jadinya xder salah wanita seperti aku ni memberi ulasan pasal piala dunia ni. aku nk ulas pun bkn la mcm shebby, zainal abidin rawop.. takat ulas2 ringan jer,, :p. 1 bende je yg aku x suka tgk player2 ni. klu diperhatikan dorang ni gemar sgt meludah.. 90 mnt game bapa kali dorang meludah..?? bnyak benar air liur.. dah la diludah2 nya padang tuh pastu jatuh tergolek2 kat padang tuh. elok sgt la tuh.. virus !!!!!! lepas tuh kita dpt saksi kan muka2 keterujaan player yg berjaya meloloskan bola ke pintu gol.. bagai nak rak la dorang meraikan. kdg2 tuh siap berjoget2 sakan.. lps tuh kalah.. hahahhahaaaa. baru 1 gol score dh taksub giler.. 90 mnt tuh apa2 pun bleh jadi. mcm Ghana vs Uruguay.. aku tgk game tuh okkkk.. sapa tgk dia tau la. klu terlepas pi tgk ulangan..kat astro tgh rancak dok ulang2 siaran. dlm org dok Wolrd Cup fever ni kan tetiba opismate aku bleh ckp ' kenapa bola yg ada piala dunia, knapa hoki xder, ping pong xder,??' @$#%^*&&^#%$ !!! dia ni nampak sgt x mengikut perkembangan dunia apa lagi sukan. klu aku x silap.. hoki ada piala dunia, badminton pun ada, tenis ada jgk.. tp ping pong aku xtau.. hahahhahahhhaha..
* penulisan aku agak bosan diatas sana.. sbb aku mmg bosan xder mood. mcm aku ckp td la.. klu jari jemari rajin tp mood xder jd x mesra.. ibarat mcm. ikan masin sepat yg x rasa masin nya..

Isnin, 7 Jun 2010

soalnya kenapa dan kenapa LAGI !!!

entry kali ni adalah sambungan entry yg lepas2. sapa dh khatam blog ni dia tau. heheheheeee. khamis lps aku tido umh mak aku. mcm biasa abis keje blk terus ke umh mak aku. nuunnnnnnnnnnnnn kar rwg tuh. sebelum nk sampai umh mak, aku singgah la kat warung area umh mak aku tuh, beli pisang goreng, kopok lekor.. bt2 minum ptg la katakan. beli pun x bnyak takat RM 3.00 je. sapa je nk mkn aku dgn mak aku je. suami aku xder dah blk muar dulu dah tgk mak dia kat hospital muar, abg n akak ipar aku tido umh kwn kat putrajaya. yg tggal aku dgn mak dgn anak aku je. Elok lps aku parking keta je aku nmpak mak aku tgh tgk stroller dan dh tentu2 la anak aku ada kat dlm stroller tuh kan. dah parking baikkk punya aku pun hangkut la segala beg sampai x ckup tangan, juadah (cehhh ayattt skema) minum ptg td aku msuk kan dlm salah satu beg yg aku nk hangkut tuh. ngam2 aku kuar keta aku nmpak mak aku tgk borak2 dgn kwn dia sorang. mak aku pun mungkin dia nmpak aku so dia tggu la aku. sampai je dkt mak aku terus kwn mak aku ni sergah aku.. mcm capoiiiiii muluttttt !!!!! 'ehhhh.. mana gorang pisang ...????!!!!!' terpinga2 aku dia sergah mcm tuh beb.. tetiba je sergah2 aku mcm tuh.. aku ckp ' apa bende nya..??? pisang apa..??' ' alahhhh kak @%$&* (nama dirahsiakan) nmpak ko benti beli gorang pisang td la.. mana...???? ' eeee aku fikir kwn mak aku je.. klu kwn aku tuh dah aku sergah dia blk wehhh.. ' ada dlm beg ni haa laa !!! bnyak sgt bende nk pegang saya letak la dlm beg..!!! nak ke...??? haa hambekkkk' haaaa ko nak sgt kannn... haaa mkn !!! jgn igt aku sorok pulak..!!! aku ltk beg2 aku tuh aku kuar kan pisang goreang dgn kopok lekor tuh hulur kat dia.. haaa xnk lakk ambikkk.. tersengih2 mcm kerang busukkkkkk. yg paling aku sakit hati tuh dia ckp ' ehhh apasal puting adilah ni ko tuka2..??? dah pkai 1 tuh pkai je laa.. ni tuka2 bt haper ??????' eh eh eh org tua ni dah lebih dr mak aku nmpakkkk!!! mak aku pun x penah kisah apasal dia nk tegur2 aku mcm tuh pulak.. suka hati aku laaa nk tuka !!!! aku bkn minta duit dia pun. ' ehh bia laaa mak ayah adilah bnyak duit tu sbb tuka2 puting, tu pun salah ke..!!!!!' haaaaa aku jwb blk kat dia mcm tuh.. lg sekali dia tersengih2 mcm kerang busuk tp aku rasa sengih kali ni mcm cover malu mcm lala, kupang busukkkkk berlumpurrrrr !!!!! mula dr ptg tuh aku xnk jumpa akak ni lagi .. klu bleh elak aku elak la.. aku ckp dgn mak aku apasal akak tuh teruk sgt tegur2 org mcm tuh.. then mak aku ckp.. ' bia kan dia.. dh bnyak dh org mrh dgn dia' haa ni kes mulut tempayan buta la ni pastu ske menyibukkk hal org. sambil minum2 ptg dgn mak aku. mak citer la klu mak aku x dpt ajar anak dia mengaji dia akan tegur mak aku, ckp klu mak aku asek cuti je ngaji sampai bila2 pun anak2 dia x abis mengaji, klu mcm tuh pi la carik tempat lain !!! lagipun mak aku langsung x kena kan apa2 caj pun. kiranya mak aku ikhlas je la ajar bebudak ngaji ni. so xder la terikat sgt. apahal pula dia nk sound2 mak aku mcm tuh. sakit je hati aku. tuh sbb la agaknya dia dulu jonggang, tp skang xder dah sbb dh pkai gigi palsu.. wakakakkakakakakkakkakak.. hidup kat dunia ni sama2 menumpang jadi sedar la hakikat akan kekurang dan kelebihan masing2 ye.. adiosss amigossss... citer bnyak2 kang mak aku mrh.. berdosa mengata/mengumpat katanya.. heheheheheeee

budi bahasa budaya kita

Bnyk dah dgr rungutan dari pesakit2, keluarga2 pesakit pasal budi bahasa nurse kat semua hospital2 dlm Malaysia ni. sbb nila setitik abes rosak susu sebelanga. mcm tuh la boleh di ibaratkan. setakat hari ni aku xder masalah dgn layanan nurse ni, aku pun btul2 yg masuk wad pun sbb bersalin ari tuh, selebihnya jumpa doktor terus kat klinik so xder pengalaman sgt dgn kes2 nurset ni. sampai la hari sabtu ari tuh, betul2 HANGATTTTTT hati aku.. menyirap tersirappppp dgn sekor nurse ni. kejadian berlaku kat HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR. WAD 6 TINGKAT 3. ye aku akui kat sebelum masuk tuh ade signboard tulis 'kanak2 dibwh 12 thn tidak digalakkan masuk' di ulang ye TIDAK DIGALAKKAN.. bkn tidak dibenarkan. mggu lps aku bwk anak aku yg 4 bulan lebih tuh masuk tgk makwan dia ok je, sapa pun x tegor, pak guard pun x tegur, ramai lagi umat yg bwk anak kecil masuk. tapi sabtu ari tuh aku masuk bwk anak aku, 1 lane je lagi nk sampai katil mertua aku nurse sengal ni tegor aku ' kak, bdk x boleh bwk msuk' dgn muka sombongnya.. aku pun boleh terima so aku kuar blk, bia suami aku msuk, tp aku heran asal mggu lps boleh mggu ni x boleh.. dlm pd aku tggu kat luar dgn anak aku tuh aku perhatikan ramai yg masuk bwk baby, bwk kanak2 msuk.. tapi sekor umat pun x tegor termasuk la nurse sengal yg tegor aku td.. selamba giler je dorang kulu kilir dgn anak2 masing2 dlm wad tuh.. !!! asal aku x boleh pula ...???????? (marah ni) x lama tuh suami aku kuar ' ehhh apasal kat dlm tuh ramai org bwk baby dgn budak boleh je..??' jd suami pun ajak la aku masuk bwk je anak. mmg xder sapa yg tegur pun !!!!!! sampai la aku terperasan nurse ni pandang2 aku dgn muka mcm HAPSI !!!!!! dgn jeling maut nk mampusssss dia tuh.. tp aku bt x reti jer.. suku lagi nk abis time melawat suami ajak blk, dah salam mertua aku aku jln dulu, anak suami dukung.. ngam2 aku lalu berdepan dgn nurse aku tuh
nurse sengal a.k.a bebal !!!! : eh kak.. meh sini kejap !!!!! ( cara pggil dia adalah seperti si ibu memanggil anak2nya dgn perasaan geram )
arghhh.. ppuan ni mmg nk cari pasal dgn aku !!!!! kurang ajar btul cara dia pggil aku..!!! aku ni bkn adik2 dia yg dia nk pggil mcm tuh !!! aku x kenal ko, ko pun x kenal aku.. so tlg hormat !! jgn nk 'eh eh eh ' aku !! aku pun benti dpn dia.. 'kan sya ckp bdk x bleh masuk !! ' haaaaaaaaaaaaaa aku ni ibarat api yg di simbah minyak tanah dah.. ' awk tgk dlm wad ni !! bape ramai bdk2..??? apasal dorang boleh sy x boleh????? ' masa aku ckp dgn dia mmg aku pandang je mata dia, nurse ' sy nk bgtau la apa sbb anak akak tuh x boleh masuk !!!!! ' dia dh mula tggi sore kat aku.. kurang ajar bdk ni !!! ' sy nk blk !! xder masa nk dgr !!! aku bla terusssssssss .. nk pjgkan citer aku seliseh dgn sister dia ( ketua jururawat ) haaa aku pun ckp laa dgr sister dia betapa kurang ajar nk mampussssssss anak buah dia tuh then aku ckp lagi klu btul aku salah ckp elok2, jgn nk eh eh kan org.. bkn aku mintak sembah daulat pun.. pas2 aku tnya sister tuh apasal aku x bleh bwk anak org lain boleh bwk anak ..????? alasan ckp KUMAN !!!! x pyh nk autaaaa laaaa.. klu dh nama nya hospital wad plak tuh.. berhingus pun kuman. abeh anak aku je la takot dijangkit kuman ..??? anak org lain x kena jangkit kuman laa !!??? tp kredit to sister sbb dia ckp elok2 dgn aku siap minta maaf bg pihak nurse tuh.. esoknya aku pegi lagi hospital tapi anak x bwk naik la pasal pakcik2 nya sibuk nk bwk jln. jumpa lagi nurse tuh.. pegi lantak sama dia.. aku x takot pun sbb aku rasa aku x salah.. bersepah2 bdk dlm wad tuh !!! aku tnya mak mertua aku ada tak nurse n sister tuh boikot mak aku ' sister dia ada dtg jumpa mak, minta maaf, lps tuh dia ckp napa bdk x bleh bwk msuk' haaa tgkkkk.. nk lps mrh tuh kat mak mertua aku.. apa masalah nurse tuh !!! apasal dgn org lain aku tgk dia xder sibuk2 nk tegur.. apasal dgn aku kemain mcm HAPSI !!!!!! arghhhhhh gerammmmmmmm nya aku !!!!!!! suami aku ckp.. ' biakan laaa dia.. ni tempat dia tuh sbb dia mcm tuh ' arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh aku x puas hati !!! kat sapa aku nk mengadu ni ../????

Jumaat, 4 Jun 2010

sebelum dan sesudah

bulan JUN edisi 2010 dtg lagi, dh pun setengah tahun.. kejap je rasa esok lusa dh puasa pastu raya pula. 24 jam sekarang aku rasa mcm 12 jam je. sebelum2 ni aku xder kisah pun pasal peredaran masa ni, bila dah berkeluarga komitmen pun dah bertambah baru nk sedar.. padan muka aku.. heheheeee entry kali ni aku nk aku nk kongsi cerita pasal mertua aku. Kesian sgt.. aku x jangka jd mcm ni, rasa mcm baru je aku jumpa dia.. okay je semua.. tetiba jd mcm ni.. dugaan ALLAH. Cuti wesak mggu lps mmg plan aku dh suami nk cuti2 malaysia je.. cuti2 kat umh sendiri jer pun. tetiba dpt panggilan dr adik ipar bgtau ' mak masuk hospital, jatuh !!!' gelabah la aku dgn suami siap2 blk muar. sampai je dia hospital sultanah fatimah, muar keadaan mak nmpak lesu tp masih mampu tersenyum utk anak cucu nya.. punca mak mertua aku jatuh sbb kaki nya bengkak.. asal nya hanya melecet tp dibuat x kisah je, then merebak jadi bengkak dan hitam. tp mak mertua masih gagahkan diri jgk masak utk berniaga, sampai la mak terjatuh dlm pd tuh demam pula, ayah mertua bwk ke klinik.. doktor kat klinik tuh langsung x berani nk bt apa2 kat mak, bt surat terus ke hospital. sampai kat hospital baru la tau mak sebenarnya penghidap kencing manis..!!! dan bacaan kencing manis mak adala 29 !!!! sgt2 tggi.. sapa ada kencing manis dia tau la.. tuh sbb luka yg melecet tuh jd bengkak dan hitam, keadaan mak mertua aku skrg !!!??? alhamdulilah sihat, bacaan kencing manis pun makin turun tapi 4 jari kaki belah kira mak terpaksa dipotong sbb dah kena jangkitan kuman, klu di simpan akan merebak lebih teruk.. yg tggal adala si ibu jari kaki mak sahaja.. smlm ayah mertua pi tanam jari kaki tu.. mak nmpak mcm xder apa2.. tp dlm hati dia.. xder sapa yg tahu. Mula dr situ aku dgn suami lebih menitikberat kan soal kesihatan. sebelum terjadi lebih baik aku beringat. tidak akan aku minum lagi air2 karbonat tuh dah. terutama si COCA COLA tuh.. slurpee kat 7E pun aku xmo dah.. jd marilah kita sama2 menjaga dan menghargai kesihatan tubuh badan kita.

* aku xder mood nk berceloteh pjg2.. hari ni rasa x sihat.